[09:31AM];Sabtu;Tikam Batu
Hari ini hari terakhir aku di rumah kerana pada malam ini aku bakal berangkat pulang ke Port Dickson, tempat aku menimba ilmu sekarang. Tempat di mana mungkin akan menentukan masa depanku. Sedar tak sedar aku sudah berada di sana setengah semester iaitu lebih kurang dua bulan. sungguh cepat masa berlalu. aku pulang bercuti kerana ini merupakan cuti pertengahan semester bagi pelatih penolong pegawai perubatan KKM. Kami di sini masih di gelar Pelatih Pembantu Perubatan (PMA). Tidak tahu bagaimana perkataan inggeris dan melayu digabungkan tapi apa hendak diendahkan sedangkan belajar pun campur antara dua bahasa ini. Istilah-istilah perubatan apabila di'melayu'kan janggal sekali bunyinya. tapi bagiku belajar dalam bahasa ibunda adalah lebih mudah untuk memahami dan mendalami. perkara ini bermain-main dalam fikiranku, kenapa para ilmuan dahulu menterjemahkan sesuatu kitab atau kajian ke dalam bahasa mereka. mungkin ini adalah antara salah satu sebabnya. Ini cuma andaian aku yang naif.
Beralih kembali pada cuti aku kali ini. Pada kali ini tidak banyak aktiviti yang aku lakukan. aku cuma memerap di rumah kecuali pada hari rabu aku keluar membeli tiket. Tiket pada jam 11.30 malam ini. Sengaja mendapatkan tiket pada malam hari supaya banyak masa untuk aku pulang ke kolej dan tidak tergesa-gesa. Bas akan bertolak dari Sungai Petani dan destinasi aku terakhir di Terminal One, Seremban. Aku perlu mendapatkan bas atau teksi untuk ke Port Dickson dan begitu juga dari PD ke kolej.
Peperiksaan Pertengahan semester bakal bermula pada 17 September ini tapi aku belum lagi mengulang kaji. Perkara biasa apabila sudah berada di rumah, sukar sekali untuk membuka buku. Aku rasa ini bukan aku saja malah siapapun yang bergelar pelajar akan melalui perkara yang sama. Dua tugasan individu juga belum ku sentuh walaupun tarikh menghantarnya begitu hampir.
Seminggu bercuti begitu singkat aku rasa. Pejam celik hari ini hari Sabtu, dan genaplah umurku 22 tahun 2 bulan. Tuakah aku dalam umur begitu? Mungkin. Semakin meningkat umur semakin singkat usia. Dalam umur begini banyak konflik dalaman dan luaran yang aku rasa. Sekarang bukan masa yang sesuai aku meluahkan apa yang aku rasa. Cukuplah sekadar ini. Ingin aku berkongsi beberapa kata dari ahli psikologi..
1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa terbahak-bahak
biarpun hanya perkara kecil yang langsung tidak lucu dan kelihatan bodoh,
dia sebenarnya seorang yang mempunyai jiwa yang sangat sunyi.
2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia orang yang kuat bersedih.
3. Apabila dia kurang bercakap tapi pantas dalam berbicara,
bermakna dia simpan seribu rahsia.
4. Sekiranya dia sukar mengeluarkan air mata,
dia seorang yang lemah.
5. kalau senang memnangis walaupun perkara yang kecil sahaja,
dia seorang yang berhati lembut.
6. dan sekiranya dia cepat marah biarpun perkkara sekecil kuman,
itu bermakna dia perlukan kasih sayang.
sekian saja dari aku..
Terima Kasih sudi membaca.
Yang Bakal Berangkat Pulang,
AKU
No comments:
Post a Comment