Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirinya bukan untukku Redha hatiku dengan ketentuan-Mu Ya Allah Engkaulah tempat kubergantung harapanku Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Thursday, August 22, 2013

~bersatu~

بسم الله الر حمن الر حيم

 السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Buangkan yang keruh ambillah yang jernih
Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama

Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat


Tuesday, August 13, 2013

~catatan 13/8/2013~

 [12.26PM];Selasa;KJMPD

بسم الله الر حمن الر حيم

 السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ

Hari ini cuaca agak baik. Aku bersarapan enam keping roti berintikan kaya dan jem dan bersulamkan air teh o panas. Alhamdulillah rezeki aku pada hari ini. Setakat tengahari ini aku telah belajar dua subjek iaitu anatomi & fisiologi dan kesihatan komuniti. A&P aku belajar tentang sel; struktur dan fungsinya serta cara pembahagian sel dan perkembangannya. setelah 2 jam berlalu, kelas berhenti rehat selama setengah jam sebelum bersambung dengan kelas kesihatan komuniti yang diajar oleh Puan Faizah. Hari ini belajar tentang program kesihatan di sekolah yang terbahagi kepada empat komponen iaitu perkhidmatan kesihatan, pendidikan kesihatan, persekitaran dan kerjasama dalam komuniti.

Semasa sesi pengajaran ramai yang kelihatan kecundang atau terlebih faham. Mungkin mereka menggunakan pendekatan masyarakat Jepun yang memejam mata tapi telinga dapat mendengar. Tapi aku yang celik mata pun fikiran entah ke mana...

Tetiba dapat mesej dari si dia.."Awak :-( :-( jgn la tgl sy lg :'( :'( "...
Ingatkan kenapa rupa-rupanya aku ada mesej dia suruh jaga diri..
Sayang betul dia pada aku. Memang tak ada peluang intai orang lain..hehe..jangan marah eh, awk..gurau-gurau ja tengahari ni..perut lapor..huhu

Petang ni kelas bersama Pn. Dzainah, A&P lagi..semoga aku dapat bertahan sehingga ke petang..
Sekian,,

Yang Merindui Makanan..
    AKU

Saturday, August 10, 2013

~Puisi Cinta~

 [10.57AM];Sabtu;Tikam Batu

بسم الله الر حمن الر حيم

  السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ

Saat ini aku sedang mendengar lagu 'Puisi Cinta'. Teringat semula ketika aku di Wang Ulu, Kangar, Perlis. Seringkali aku mendengar lagu ini. Aku sendiri tidak tahu kenapa aku suka mendengar lagu ini. Mungkin kerana lagunya yang mengasyikkan. Aku sertakan di sini bait-bait lagu ini..

Suaramu…
Gemersiknya bak buluh perindu
Cuba kau lagukan
Cuba kau dendangkan
Mengisi di ruang kamarku

Senyummu…
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku

Tiada terkata
Seindah bahasa
Nak ku huraikan
Nak ku belaikan dirimu

Akan ku syairkan katamu
Akan ku madahkan janjimu
Menjadi coretan gurindam
Puisi cinta…

Akan ku ukirkan senyummu
Akan ku lukiskan tawamu
Menjadikan susunan warna
Potret indah…

Senyummu…
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku…

Menjadi hiasan hidupku…


~RAYA 1434H~

[7.50AM];Sabtu;Tikam Batu

بسم الله الر حمن الر حيم

 السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ

Hari ini sudah menjangkau raya ke-3. Esok aku perlu pulang semula ke kolej. Belajar sebagai penolong pegawai perubatan tetapi di Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson (KJMPD). Pelbagai persepsi dan pandangan orang tapi apa yang perlu dikisahkan kerana sedikit pun tidak menganggu hidup aku. Besar kemungkinan aku tidak lama di situ dan mungkin akan dipindahkan ke Kolej Pembantu Perubatan Seremban (KPPS) setelah setahun aku di KJMPD tapi aku mengharapkan perkara itu tidak terjadi. Kenapa? Soalan yang aku tiada jawapan. Hari ini bukanlah aku ingin berbicara tentang kolej tetapi perihal raya aku kali ini. Sengaja aku masukkan di sini supaya ada jua kenangan untuk aku mengimbau semula.

Seperti kebiasaan, maksudku seperti jua raya-raya sebelum ini. Bangun pagi seperti tiada apa yang berlaku. Aku cuma tahu pagi itu merupakan pagi hari raya Aidilfitri. Aku perlu bangun awal, mandi, bersiap-siap dan ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dan mendengar khutbah hari raya. Pagi itu, ayahku seperti biasa bangun awal pagi, solat subuh berjemaah di masjid dan pukul 7.00 pagi dia akan menziarahi pusara ayah dan bondanya yang sudah pergi buat selama-lamanya. Al-fatihah disedekahkan..
Bersambung kisahku di rumah, abang ke-2 sedang menyiapkan kuah kacang untuk dibuat makan bersama nasi himpit dan memasak nasi untuk hari itu. Hari itu dia memasak nasi merah berlaukkan ayam masak merah. Hidangan ini untuk keluarga saja. Banyak juga yang dimasaknya. Katanya boleh berulang makan. Lapar, makan, lapar, makan.

Itu cerita abang di dapur, cerita abang yang ke-3 pula, almaklumlah baru balik dari jauh terbongkang tidurnya sampai tak sedar sudah pagi raya. Biarkanlah dia, penat barangkali. 
Aku pun bersiap-siaplah mahu ke masjid. Aku mengenakan sepasang baju melayu berwarna hitam. Itulah baju raya aku tahun ini. Aku memilih warna hitam tahun ini kerana hitam itu menawan. Segak bila mengenakan baju hitam. Aku cuma bergurau. Semasa aku mendaftar di KJMPD, pengarah kolej memaklumkan semua pelatih patut mempunyai sepasang baju melayu berwarna hitam. Hal ini memudahkan pelatih jika terdapat majlis rasmi atau apa-apa undangan dari pihak luar. Itu cerita baju melayu raya ku. Pada tahun ini aku tidak membeli t-shirt baru kerana sudah terlalu banyak baju di rumah. Hanya membazir jika  aku menambah lagi.

Aku berjalan beriringan dengan adik ke masjid. Dari kejauhan terdengar takbir raya. Sayu? Entahlah. sampai saja di perkarangan masjid seperti yang dijangka masjid pasti sudah dipenuhi dengan manusia. Seperti tahun-tahun sebelum ini masjid pasti penuh dengan orang ramai. Mungkin kerana aku di kampung begitulah suasananya. Sanak saudara pulang. Anak jati kampung yang berhijrah ke bandar pun pasti akan pulang semula ke kampung apabila tiba hari raya. Apa kurangnya aku. Pergi merantau di tempat orang sesekali cuti baru dapat pulang. Raya tahun ini solat sunat dilakukan pada jam 9.00 pagi. aku hadir ke masjid pun agak lewat jadi memang bertapa di bahagian luar masjid. Setelah selesai solat hari raya disusuli dengan khutbah hari raya. Penuh bersemangat tuan khatib menyampaikan khutbahnya pada pagi itu dengan harapan segala isi-isi yang disampaikan dapat diresap dan diamalkan oleh para jemaah yang hadir. Semoga madrasah Ramadhan yang lalu berjaya mendidik jiwa menjadi hamba yang tinggi taqwanya dan jangan cemarkan syawal yang mulia dengan hiburan yang melampau dan maksiat yang melalaikan. Agak panjang khutbah yang di sampaikan dan jam menghampiri 10.00 pagi.

Setelah selesai semuanya aku pulang ke rumah dan menyiapkan apa yang perlu dan duduk saja di rumah menunggu tetamu. Seperti kebiasaan aku memang bertapa di dalam rumah sahaja setiap kali hari raya. Tak pernah aku ke rumah kawan-kawan. Sudah menjadi kebiasaan barangkali sejak aku tinggal di asrama. Terpisah dengan kawan-kawan sekolah dan tak mencuba untuk hubungi semula. Aku berada di rumah sejak dari pagi, petang sampailah malam. Malam aku tidur awal. Tiada hari raya bagi ku lagi. SEDIH!!!!!!!!

Hari raya ke-2 pun masih begitu. Tapi mujurlah setiap tahun pada raya ke-2 keluarga dari pihak ayah berkumpul di rumah ibu saudara untuk membuat bacaan yassin dan tahlil untuk disedekahkan kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita terutama kepada arwah tok wan Bakar dan  arwah tok Som. Jadinya aku sudah keluar rumah pada raya ke-2...
Raya ke-3? Inilah raya ke-3 aku. Awal pagi sudah mengadap laptop. Cadangnya nak buat assignment tapi semua ke laut. Memang sangat malas. Tapi tak apa, semangat pasti datang. Sudah satu jam menaip sudah lenguh jari ini. sudah tidak mampu menari  menaip lagi. Sekian kali ini.

Yang Merindui Hari Raya,
        AKU


Wednesday, August 7, 2013

~Tetamu Senja~

 [9.50PM];Rabu;Tikam Batu;Malam Raya

بسم الله الر حمن الر حيم

  السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ 

Takbir Raya sedang bergema di Masjid Al-Hidayah,Kampung Berapit. Saat ini aku tak dapat merasakan apa itu nikmat raya. Raya tak bermakna lagi bagiku. Kenapa aku merasa begini? Aku sendiri tak tahu jawapan. Saat ini juga aku seperti ingin pergi jauh. Jauh dalam kegelapan malam, aku ingin berseorangan. Aku sedang mencari makna hidup. Sudah 22 tahun aku bernafas atas muka bumi. Aku merasakan  hidup aku semakin tak bermakna. Aku semakin hanyut. Aku semakin jauh dari kebenaran. Siapakah disaat ini yang sudi memimpin tanganku untuk pulang kepangkal jalan?

Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar..

Hatiku seperti kelam, gelap. Aku tak dapat lagi menghayati suara keagungan yang dilaungkan setiap kali menjelangnya hari raya. Adakah ini tandanya kemurkaan-Nya terhadap dosa-dosa yang telah aku lakukan? Sebenarnya aku tidak pun memerlukan jawapan kerana aku sendiri sudah mengetahuinya. Aku sedar selama ini aku telah banyak hanyut dibuai nikmat kesedapan dunia. Aku banyak terleka. Aku harus segera pulang. Aku harus segera sedar. Aku tak mempunyai banyak waktu lagi. Mati itu pasti. Aku di sini hanyalah sebagai tetamu senja...

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat