[9.50PM];Rabu;Tikam Batu;Malam Raya
بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ
Takbir Raya sedang bergema di Masjid Al-Hidayah,Kampung Berapit. Saat ini aku tak dapat merasakan apa itu nikmat raya. Raya tak bermakna lagi bagiku. Kenapa aku merasa begini? Aku sendiri tak tahu jawapan. Saat ini juga aku seperti ingin pergi jauh. Jauh dalam kegelapan malam, aku ingin berseorangan. Aku sedang mencari makna hidup. Sudah 22 tahun aku bernafas atas muka bumi. Aku merasakan hidup aku semakin tak bermakna. Aku semakin hanyut. Aku semakin jauh dari kebenaran. Siapakah disaat ini yang sudi memimpin tanganku untuk pulang kepangkal jalan?
Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar..
Hatiku seperti kelam, gelap. Aku tak dapat lagi menghayati suara keagungan yang dilaungkan setiap kali menjelangnya hari raya. Adakah ini tandanya kemurkaan-Nya terhadap dosa-dosa yang telah aku lakukan? Sebenarnya aku tidak pun memerlukan jawapan kerana aku sendiri sudah mengetahuinya. Aku sedar selama ini aku telah banyak hanyut dibuai nikmat kesedapan dunia. Aku banyak terleka. Aku harus segera pulang. Aku harus segera sedar. Aku tak mempunyai banyak waktu lagi. Mati itu pasti. Aku di sini hanyalah sebagai tetamu senja...
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah seluruh rasa belas
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah seluruh rasa belas
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat

No comments:
Post a Comment