Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirinya bukan untukku Redha hatiku dengan ketentuan-Mu Ya Allah Engkaulah tempat kubergantung harapanku Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Saturday, August 10, 2013

~RAYA 1434H~

[7.50AM];Sabtu;Tikam Batu

بسم الله الر حمن الر حيم

 السلام عليكم ورﺤﻤﺔ الله وبرﮑﺘﻪ

Hari ini sudah menjangkau raya ke-3. Esok aku perlu pulang semula ke kolej. Belajar sebagai penolong pegawai perubatan tetapi di Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson (KJMPD). Pelbagai persepsi dan pandangan orang tapi apa yang perlu dikisahkan kerana sedikit pun tidak menganggu hidup aku. Besar kemungkinan aku tidak lama di situ dan mungkin akan dipindahkan ke Kolej Pembantu Perubatan Seremban (KPPS) setelah setahun aku di KJMPD tapi aku mengharapkan perkara itu tidak terjadi. Kenapa? Soalan yang aku tiada jawapan. Hari ini bukanlah aku ingin berbicara tentang kolej tetapi perihal raya aku kali ini. Sengaja aku masukkan di sini supaya ada jua kenangan untuk aku mengimbau semula.

Seperti kebiasaan, maksudku seperti jua raya-raya sebelum ini. Bangun pagi seperti tiada apa yang berlaku. Aku cuma tahu pagi itu merupakan pagi hari raya Aidilfitri. Aku perlu bangun awal, mandi, bersiap-siap dan ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dan mendengar khutbah hari raya. Pagi itu, ayahku seperti biasa bangun awal pagi, solat subuh berjemaah di masjid dan pukul 7.00 pagi dia akan menziarahi pusara ayah dan bondanya yang sudah pergi buat selama-lamanya. Al-fatihah disedekahkan..
Bersambung kisahku di rumah, abang ke-2 sedang menyiapkan kuah kacang untuk dibuat makan bersama nasi himpit dan memasak nasi untuk hari itu. Hari itu dia memasak nasi merah berlaukkan ayam masak merah. Hidangan ini untuk keluarga saja. Banyak juga yang dimasaknya. Katanya boleh berulang makan. Lapar, makan, lapar, makan.

Itu cerita abang di dapur, cerita abang yang ke-3 pula, almaklumlah baru balik dari jauh terbongkang tidurnya sampai tak sedar sudah pagi raya. Biarkanlah dia, penat barangkali. 
Aku pun bersiap-siaplah mahu ke masjid. Aku mengenakan sepasang baju melayu berwarna hitam. Itulah baju raya aku tahun ini. Aku memilih warna hitam tahun ini kerana hitam itu menawan. Segak bila mengenakan baju hitam. Aku cuma bergurau. Semasa aku mendaftar di KJMPD, pengarah kolej memaklumkan semua pelatih patut mempunyai sepasang baju melayu berwarna hitam. Hal ini memudahkan pelatih jika terdapat majlis rasmi atau apa-apa undangan dari pihak luar. Itu cerita baju melayu raya ku. Pada tahun ini aku tidak membeli t-shirt baru kerana sudah terlalu banyak baju di rumah. Hanya membazir jika  aku menambah lagi.

Aku berjalan beriringan dengan adik ke masjid. Dari kejauhan terdengar takbir raya. Sayu? Entahlah. sampai saja di perkarangan masjid seperti yang dijangka masjid pasti sudah dipenuhi dengan manusia. Seperti tahun-tahun sebelum ini masjid pasti penuh dengan orang ramai. Mungkin kerana aku di kampung begitulah suasananya. Sanak saudara pulang. Anak jati kampung yang berhijrah ke bandar pun pasti akan pulang semula ke kampung apabila tiba hari raya. Apa kurangnya aku. Pergi merantau di tempat orang sesekali cuti baru dapat pulang. Raya tahun ini solat sunat dilakukan pada jam 9.00 pagi. aku hadir ke masjid pun agak lewat jadi memang bertapa di bahagian luar masjid. Setelah selesai solat hari raya disusuli dengan khutbah hari raya. Penuh bersemangat tuan khatib menyampaikan khutbahnya pada pagi itu dengan harapan segala isi-isi yang disampaikan dapat diresap dan diamalkan oleh para jemaah yang hadir. Semoga madrasah Ramadhan yang lalu berjaya mendidik jiwa menjadi hamba yang tinggi taqwanya dan jangan cemarkan syawal yang mulia dengan hiburan yang melampau dan maksiat yang melalaikan. Agak panjang khutbah yang di sampaikan dan jam menghampiri 10.00 pagi.

Setelah selesai semuanya aku pulang ke rumah dan menyiapkan apa yang perlu dan duduk saja di rumah menunggu tetamu. Seperti kebiasaan aku memang bertapa di dalam rumah sahaja setiap kali hari raya. Tak pernah aku ke rumah kawan-kawan. Sudah menjadi kebiasaan barangkali sejak aku tinggal di asrama. Terpisah dengan kawan-kawan sekolah dan tak mencuba untuk hubungi semula. Aku berada di rumah sejak dari pagi, petang sampailah malam. Malam aku tidur awal. Tiada hari raya bagi ku lagi. SEDIH!!!!!!!!

Hari raya ke-2 pun masih begitu. Tapi mujurlah setiap tahun pada raya ke-2 keluarga dari pihak ayah berkumpul di rumah ibu saudara untuk membuat bacaan yassin dan tahlil untuk disedekahkan kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita terutama kepada arwah tok wan Bakar dan  arwah tok Som. Jadinya aku sudah keluar rumah pada raya ke-2...
Raya ke-3? Inilah raya ke-3 aku. Awal pagi sudah mengadap laptop. Cadangnya nak buat assignment tapi semua ke laut. Memang sangat malas. Tapi tak apa, semangat pasti datang. Sudah satu jam menaip sudah lenguh jari ini. sudah tidak mampu menari  menaip lagi. Sekian kali ini.

Yang Merindui Hari Raya,
        AKU


No comments:

Post a Comment