Kisah
‘Anak manja’
Dulu masa kecil aku merupakan
anak yang paling manja dalam keluarga walaupun aku masih mempunyai seorang lagi
adik. Umur kami adik beradik tidaklah berjarak terlalu jauh. Aku masih ingat
dulu aku langsung tidak boleh berpisah dengan mak. Ke mana sahaja mak pergi aku
mesti ikut. Mak ke kenduri kahwin aku ikut, mak ke kedai aku ikut dan
macam-macam lagi. Apabila aku perlu berengang dengan mak aku mesti akan
menangis meraung-raung kerana taidak mahu berpisah dengan mak. Pernah suatu ketika,
mak perlu ke satu kursus anjuran Jabatan Pertanian. Kursus tersebut berlangsung
selama beberapa hari dan tempatnya aku tidak pasti tetapi yang pastinya mak tidak akan berada di rumah dalam beberapa
hari. Mahu di jadikan cerita, pada masa mak hendak keluar rumah aku menangis
kerana hendak mengikut mak. Aku menarik-narik
basikal yang mak tunggang. Pada masa itu, kawan-kawan mak dan
jiran-jiran melihat perlakuan aku tetapi masa itu masih kecil apa yang hendak
di hiraukan dengan orang sekeliling. Jadi terpaksalah abah memujuk aku supaya
aku tidak menangis dan mahu mengikut mak lagi. Sepanjang mak berkursus abah
terpaksa membelikan aku mainan setiap hari. Kalau beli untuk aku mesti belikan
untuk adik sekali. Kesian abah. Antara permainan yang masih aku ingat yang abah
belikan ialah set pistol mainan.
Walaupun kisah itu telah berlalu
berbelas tahun yang lalu itulah kenangan yang aku tidak dapat lupakan. Tidak di
sangka rupanya jiran aku yang ada masa kejadian itu dulu masih mengingatinya.
Aku jadi malu sendiri apabila baru-baru ini jiranku itu bertanya hal itu.
Sekadar imbauan kisah lama bukan bererti
menyakitkan hati. Banyak lagi kisah pada masa kecil aku walaupun banyak yang
aku tidak ingat. Antara kisah yang aku paling tidak dapat lupakan sampai hari
ini ialah kisah aku dengan adik terperangkap dalam tong sampah besar. Ceritanya
begini… dulu kawasan rumah aku memang tiada jalan tar yang berturap. Jadi pada
satu ketika mungkin pihak kerajaan ingin menaik taraf jalan di kampungku. Oleh
kerana keterujaan aku untuk melihat orang menurap jalan, aku telah mengajak
adik melihat sekali. Aku tidak ingat umur berapa aku pada masa itu. Mungkin
belum bersekolah lagi. Semasa kerja-kerja menurap sedang di lakukan,
pekerja-pekerja itu mengarahkan supaya kanak-kanak seperti kami menjauhi
kawasan tersebut kerana sangat bahaya. Namun tiada jalan keluar untuk kami
pulang ke rumah kerana telah banyak lori-lori dan jenntera yang terdapat di
situ. Jadi, aki dan adik pun bersembunyi di dalam tong sampah besar. Tong
sampah itu berada dalam keadaan terbalik. Kami Cuma bercangkung di dalam tong
sampah itu dan takut hendak keluar sehinggalah mak datang mencari kami. Mak
merupakan penyelamat kami sebab itu aku sayang mak.
Kisah lain ketika aku masih
kecil ialah kisah takut pada lembu. Bunyi macam kelakar tapi itulah hakikatnya.
Aku sangat takut pada lembu pada masa aku kecil. Bagi aku lembu itu merupakan
seekor raksasa yang memakan manusia. Tanduknya dan ekornya yang melibas-libas serta badannya yang besar sangat menakutkan
aku. Apabila terserempak dengan makhluk ini aku akan menjadi panik. Apatah lagi
aku perlu melintasi sekawanan lembu. Aku akan berfikir panjang dan jika
terpaksa melintas juga aku akan berlari dengan sepantasnya. Sebab itulah aku
pernah dinobatkan sebagai olahragawan sekolah. Kejadian yang aku tidak dapat
lupakan tentang lembu ini ialah pada suatu hari aku berada di rumah jiran
sebelah rumah aku. Tiba-tiba sekawanan lembu datang entah dari mana. Aku jadi
sangat takut untuk pulang ke rumah sehinggakan jiran aku itu perlu mendukung
dan membawa aku pulang ke rumah. Itulah antara kisah yang tidak dapat aku
lupakan hingga hari ini.
Walaupun aku seorang yang manja
dalam keluarga namun aku seorang yang degil dan panas baran. Sewaktu kecil aku
merupakan penentang tegar abang aku yang sulung. Aku akan meningkah setiap kali
dia menyuruh aku membuat sesuatu perkara. Sebagai abang sulung memang dia
selalu mempergunakan adik-adiknya. Oleh kerana ketidakadilan itulah yang
menyebabkan aku menentangnya. Akibatnya aku sering menjadi mangsa tangan dan
kakinya. Hidup dalam lingkungan lima orang adik beradik lelaki memang sering
mencetuskan perang dingin. Mak bertindak sebagi pendamai dan sering gagal dan
abah lah sebagai diktator untuk menghentikan peperangan tersebut. Sekarang
tiada lagi bunyi kami bergaduh dan rumah itu menjadi sunyi kerana masing-masing
menetap di tempat lain. Cuma abang yang ke-2 menjadi penghuni tetap rumah itu
untuk menjaga mak yang kurang sihat. Semoga abang memperoleh pahala yang besar
kerana sanggup melupakan cita-cita demi menjaga seorang mak dan abah.
No comments:
Post a Comment