
Aku…seorang lelaki pemalu, pendiam
tetapi tindakanku sukar diduga. Aku boleh menjadi agresif apabila tidak
menyenangi sesuatu perkara. Mewarisi sikap panas baran mungkin dari ayah kerana
itu yang aku tahu dari sudut pengalaman. Dilahirkn oleh ibuku di hospital pada
tarikh keramat pada tahun 1991. Aku membesar dalam keluarga yang sederhana tapi
cukup bahagia. Aku mempunyai 5 orang adik beradik. Kesemuanya lelaki. Aku
merupakan anak yang ke-4 walaupun yang sebenarnya ke-5. Kenapa begitu? Mak
telah kehilangan anak sulungnya yang kelemasan semasa proses kelahiran.
Walaupun mak sedih tapi dia tetap redha dengan pemergian anak sulungnya itu
walaupun belum sempat menghirup udara di dunia. Semoga anak ini menanti mak dan
abah di pintu syurga..insya-Allah.
Kisah hidup ku mungkin tidak seindah
insan lain. Kisah hidup seorang lelaki yang sedang mencari nilai sebuah
kehidupan. Ini kisah tentang aku…
No comments:
Post a Comment