Kisah
‘Sang kancil dengan buaya’ abah
Dulu
masa kami kecil abah sering ceritakan tentang kisah sang kancil dengan buaya.
Walaupun abah selalu ulang cerita yang sama, kami tidak bosan mendengarnya.
Setiap kali abah ingin bercerita abah akan memanggil kami adik beradik. Abah
akan berbaring di atas katil. Sambil itu kami akan mengelilingi abah. Ada yang
di sebelah kanan, kiri dan duduk atas badan abah pun ada. Setelah semuanya sudah
bersedia abah akan memulakan ceritanya…
‘Pada
suatu hari sang kancil berjalan-jalan di dalam hutan. Sang kancil berjalan
dengan hati yang riang. Binatang-binatang yang terserempak dengan sang kancil
akan menegurnya, “Hai, sang kancil. Gembira saja hari ni. Kamu nak ke mana?
sapa binatang hutan pada sang kancil. Sang kancil pun membalas, “Aku Cuma
berjalan-jalan dalam hutan ini sahaja, bersiar-siar sambil cuci mata.” Balas
Sang kancil yang memang terkenal dengan seekor binatang yang cerdik. Setelah
itu sang kancil pun meneruskan perjalanannya yang tiada tujuan utama itu.
Setelah lama berjalan, sang kancil tiba di sebatang sungai. Sang kancil ingin
menyeberangi sungai tersebut tetapi malang baginya tiada titi untuk dia
menyeberangi sungai tersebut. Sang kancil kelihatan kecewa. Namun otak
cerdiknya terus mendapat idea untuk menyeberangi sungai tersebut. Sang kancil
tahu bahawa sungai tersebut di diami oleh sang buaya. Buaya-buaya yang tinggal
dalam sungai tersebut sangat ganas tetapi dengan kebijaksanaan sang kancil, dia
cuba untuk meminta bantuan sang buaya untuk dia menyeberangi sungai tersebut.
Tanpa
membuang masa sang kancil terus memanggil buaya yang tinggal di dalam sungai
itu.. ‘Wahai sang buaya yang baik hati, timbullah kamu kerana aku ingin
berbicara denganmu.’ Laung sang kancil memanggil sang buaya. Lalu timbullah
seekor buaya yang sangat besar pada permukaan air sungai itu. Sang buaya itu
terus berkata, ‘Wahai sang kancil yang bijaksana, berbicaralah kamu dan jangan membuang masa aku kerana aku masih
mempunyai banyak kerja lain yang perlu aku selesaikan.’ Sang kancil terus berkata..
‘sebenarnya begini, pada hari ini aku telah menerima undangan kenduri oleh bapa
saudaraku yang tinggal di seberang sungai ini. Tetapi malangnya bagiku kerana
titi untuk menyeberangi sungai ini telah runtuh akibat hujan lebat yang melanda
rimba ini semalam. Jadi aku ingin meminta jasa baik kamu wahai sang buaya untuk
aku menyeberangi sungai ini.” Sang buaya tertanya-tanya bagaimana dia boleh
membantu sang kancil untuk menyebarangi sungai tersebut. Sang kancil pun
menjawab, “Aku akan berdiri di belakangmu dan kau akan membawa aku ke
seberang.” Jadi selesailah masalah sang kancil untuk menyeberangi sungai
tersebut. Itulah kebijaksanaan sang kancil yang pandai memanipulasikan keadaan
untuk kepentingan dirinya. Tamat cerita abah setakat itu.
Sebenarnya
banyak lagi cerita-cerita yang abah selalu ceritakan pada kami. Tapi cukuplah
sekadar satu aku ceritakan di sini. Satu tabiat abah yang selalu abah buat masa
kami kecil ialah meniru gaya seorang tukang gunting rambut. Masa kami tidur di
atas katil, abah akan baring di sebelah dan menggunting rambut kami menggunakan
mesin memotong rambut (sebenarnya Cuma tangan abah ja, bukan potong
betul-betul). Selepas itu abah akan bertanya, ‘mau minyak ka ayaq?’ abah meniru
gaya seorang mamak gunting rambut. Kemudian abah berkata lagi, ‘mau picit ka
tamau? Mau korek tarak korek?” korek tu bermaksud korek telinga. Itulah telaah
abah masa kami kecil dulu. Sekarang semua itu tiada lagi. Semua kami sudah
meningkat usia. Masing-masing sudah membawa haluan masing-masing dan cuma
pulang ke kampung apabila mendapat cuti.
No comments:
Post a Comment